Lawatan Kilang
Pada 13hb Januari 2014, lawatan ke industri ke Norstar Technology Sdn Bhd bertempat di Bandar Perda, Bukit Mertajam telah dilakukan. Saya di sambut oleh En. Wan Ishak, selaku pemilik syarikat. Saya telah dibawa melawat dua tapak kilang beliau. Syarikat ini juga mengeluarkan produk sendiri iaitu penapis minyak.Selain itu syarikat ini juga membekalkan komponen kepada beberapa syarikat seperti DRB-Hicom. Daripada perbincangan dan perkongsian ilmu, beberapa projek berpotensi telah dikenalpasti dan ini membuka ruang kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), khasnya dalam meningkatkan penyelidikan tempaan logam di PPK Mekanik, USM.