Majlis Penyerahan Kubikal Isolasi
Pada 7 Ogos, Kubikal Isolasi yang dihasilkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik USM telah dengan rasminya diserahkan kepada Pusat Sejahtera USM. Kubikal ini akan digunakan untuk pengambilan sampel bagi pengujian pesakit (pelajar dan kakitangan) bergejala COVID-19. Dana pembangunan kubikal ini adalah daripada Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat. Penyerahan ini secara rasminya dilakukan oleh Dr. Musa Ali (Pendaftar USM merangkap Pengarah PIPPA) mewakili TNC R&D USM yang mempunyai komitmen lain.
Kubikal isolasi ini dibangunkan dengan menggunakan kepakaran kakitangan PPK Mekanik yang melibatkan pensyarah, pegawai penyelidik dan penolong jurutera. Projek bermula pertengahan bulan April ketikamana negara masih dalam PKP dimana pergerakan merentas negeri adalah dilarang dan ini menyukarkan dalam mendapatkan bahan mentah. Selepas hampir sebulan setengah, projek berjaya disiapkan dan kini ianya boleh digunakan untuk manafaat warga USM.
